1. Dallol, Ethiopia
Dallol
terkenal sebagai tempat paling panas didunia. Kenapa? sebab suhu udara
di sana setiap hari boleh mencapai 106 darjah Fahrenheit atau 41 darjah
Celsius.
2. Wadi Halfa, Sudan
Wadi
Halfa di Sudan yang berdekatan dengan Mesir juga termasuk tempat
terpanas didunia kerana suhu udara di sana mencapai 127 darjah
Fahrenheit atau setara dengan 52 darjah Celsius.
3. Death Valley, California
Daerah
di California ini merupakan padang gurun dengan suhu 56 darjah Celsius.
Namun kemudian Badan Meteorologi Dunia memperbetulkan dan info terbaru
kini Death Valley bersuhu 57 darjah Celsius.
4. Lut Desert, Iran
Kalau
di Iran, Gurun Lut adalah tempat yang ditabalkan menjadi salah satu
lokasi terpanas dunia. Bayangkan saja, suhunya mencapai 70 darjah
Celsius.
5. Tirat Tsvi, Israel
Tirat
Tsvi merupakan sebuah kota di Israel. Tempat ini disebut yang terpanas
di Asia kerana memiliki suhu 129 darjah Fahrenheit atau setara dengan 53
darjah Celsius.
6. Timbuktu, Mali
Ada
pula Timbuktu di Mali yang tidak kalah panasnya dengan daerah lain yang
sudah disebutkan sebelumnya. Cuba teka berapa suhu udara di sini?
Sekitar 130 darjah Fahrenheit atau 54 darjah Celsius! Fuhhh...!!
7. Queensland, Australia
Perhitungan
tempat terpanas sedunia dengan menggunakan bantuan satelit juga
menyebutkan Queensland, Australia, sebagai salah satu area yang paling
panas. Lojiknya, di sini suhu udara boleh mencapai 68 darjah Celsius.
8. Turfan, China
Turfan
ada di wilayah Xianjiang di China. Di sana sangat panas. Anda mungkin
tidak boleh membayangkannya kerana suhu udara di Turfan boleh mencapai
50 darjah Celsius.
9. Kebili, Tunisia
Di
Tunisia, daerah terpanas di sana sekaligus sedunia ada di Kebili.
Setiap harinya, suhu di Kebili mencapai 131 darjah Fahrenheit atau
setara dengan 55 darjah Celsius.
10. Ghadames, Libya
Terakhir,
tempat terpanas sejagat boleh ditemukan di Ghadames, Libya. Sama
seperti di Kebili, Ghadames memiliki suhu tertinggi sehingga 131 darjah
Fahrenheit atau setara dengan 55 darjah Celsius.










0 komentar:
Posting Komentar